Peranan perlembagaan dalam mewujudkan hubungan etnik yang baik dalam kehidupan pelajar di universiti

Perlembagaan adalah undang-undang tertulis untuk menjadi asas pembinaan sesebuah kerajaan. Nilai-nilai kebangsaan sangat penting didalam perlembagaan sesebuah negara. Ia juga merupakan sumber undang-undang dan garis paduan untuk pembentukannya. Perkara-perkara yang menguntungkan orang Melayu dalam Perlembagaan Malaysia juga diimbangkan dengan penruntukan lain yang juga memorei kelebihan kepada kaum bukan bumiputera.


Terdapat dua jenis Perlembagaan. Pertama; perlembagaan bertulis ialah bentuk perlembagaan yang dikumpulkan dan disusun dalam satu dokumen. Di Malaysia, kita mengamalkan Perlembagaan bertulis. Kedua; Perlembagaan Tidak Bertulis ialah prinsip perlembagaan yang tidak tertulis dalam dokumen seperti adat resim, tradisi dan undang-undang yang diluluskan oleh parlimen.

Ada beberapa ciri-ciri perlembagaan penting perlembagaan. Kestabilan dalam melaksanakan sesuatu perkara. Ia membolehkan rakyat mengetahui hak-hak mereka sendiri. Membolehkan rakyat menggunakan hak-hak tersebut dan mengambil bahagian dalam pembinaan dan pembangunan negara.  Selain itu perlembagaan mempunyai unsur-unsur tanggungjawab, pemerintah kerajaan bertanggungjawab ke atas rakyat jelata. Segala permintaan rakyat akan menjadi garis panduan kepada tindakan-tindakan kerajaan. Rakyat juga berhak mengetahui segala perbelanjaan kerajaan dan berhak menyatakan perasaan tidak puas hati mereka. Pemilihan kerajaan hendaklah dipilih melalui pilihanraya yang akan mewakili rakyat dalam persidangan Parlimen. Selain itu Kerajaan juga perlu bersikap terbuka dan perkara-perkara yang tidak sulit hendaklah diumumkan supaya rakyat dapat bertindak selanjutnya. 

Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *