Sejarah Hubungan Etnik di Malaysia

Hubungan Empayar Melaka dan Dinasti Ming semasa 1500-an merupakan zaman kegemilangan di alam Melayu, hubungan antara Alam Melayu dengan kerajaan China telah wujud samenjak zaman Dinasti Han (140-117 SM). Utusan daripada China yang telah berkunjung ke Kepulauan Melayu telah mewujudkan hubungan rasmi atau hubungan berberbentuk diplomatik antara China dan Kerajaan Melayu. Pengaruh China terhadap Alam Melayu tidak dapat dilihat dari segi aspek agama,, kebudayaan, Bahasa & kesusteraan seperti mana pengaruh tamadun India. Pengaruh China dalam kebudayaan Melayu dapat dilihat melalui kelompok komuniti Baba dan Nyonya di Melaka. Komuniti China yang terbentuk dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat di Alam Melayu. Mereka mengadaptasi budaya Melayu dalam kehidupan mereka. Justeru, budaya mereka dengan budaya asal dari negara China amatlah berbeza.
Didalam masa yang sama, process Indianisasi telah berlaku di alam Melayu, penerimaan pengaruh budaya dan nilai dari India telah diterima. Spereti koesep “Raja”, Bahasa Sanskrit dan kesenian. Antara senarai kerajaan Hindu-Buddha yang tercatat di Alam Melayu seperti kerajaan Funan, Champa, Langkasuka, Angkor, Srivijaya dan Majapahit yang wujud dalam sekitar abad ke-2 hingga abad ke-15 Masihi. Golongan saudagar dengan pangillan Vaisya yang datang dari India ini juga telah berkahwin dengan gadis tempatan dari keluarga yang ada pengaruh dalam masyarakat. Golongan Brahmin yang mempuunyai kedudukan kasta yang palaing tinggi juga telah memberi kesan ke atas sistem sosio-politik masyarakat Melayu. Pengaruh lain India adalah dari aspek Undang-undang, hukum-hakam dan upacara tertentu istana. Selain itu kewujudkan masyarakat Ceti di Melaka.


Di ketika itu Melaka adalah pusat pertemuan masyarakat untuk perdagangan. Ia berfungsi sebagai perlabuhan entreport. Pada masa itu tiada konflikt yang berlaku, kedatangan pengaruh luar adalah hanya untuk berniaga dan bukan untuk menguasai kawasan. Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar. Masyarakat Serani wujud di Melaka hasil daripada interaksi dan juga perkahwinan campur dengan warga tempatan. Kewujudan pelbagai masyarakat di Melaka ini sudah jelas menggambarkan tahap interaksi yang tinggi pada suatu masa dahulu di Melaka akibat limpahan perdagangan.


1600-an adalah Zaman Penjajahan Barat di Alam Melayu. Pada tahun 1511, orang Portugis menakluk Melaka dan berkuasa sehingga Melaka jatuh ke tangan Belanda pada tahun 1641. Kerajaan Belanda menguasai Indonesia dari tahun 1605 hingga 1945. British pula menguasai Tanah Melayu (Malaysia) bermula dari tahun 1786 hingga 1942. Tanah Melayu juga pernah dikuasai Jepun selama tiga tahun setengah dari 1942 hingga 1945 sebelum dikuasai semula oleh British pada tahun 1945 hingga 1957. Di ke itu setiap etnik membawa haluan masing-masing. Ketika penjajahan Portugis dan Belanda, ia tidak banyak mempengaruhi hubungan etnik bagaimanapun hubungan etnik agak renggang. 


Perubahan ketara semasa penjajahan British, meraka memerintah dengan dasar “Pecah dan Perintah” (Divide and Rule). Dasar ini tidak menglibatan kaum Melayu dalam pembangunan negeri-negeri dan dalam masa yang sama penglibatan kaum imigran diberikan pengiktirafan. Dasar ini mengubah struktur dan landskap kependudukan masyarakat di Tanah Melayu. 

Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *