Tamadun Islam banyak memberi pengaruh kepada Tamadun Melayu (That’s why!)

Kesan kedatangan Islam ke dunia Melayu boleh dilihat dari pelbagai aspek kehidupan masyarakat Melayu sehingga kini. Antaranya adalah pengaruh terutamanya ialah dari segi politik dan pentadbiran, pendidikan, dalam bidang ekonomi dan dalm bidang seni bina.

Kedatangan Islam telah mengubah sistem politik pentadbiran dan perundangan Melayu. Sebelum kedatangan Islam, sistem pemerintahan dipengaruhi sepenuhnya oleh sistem politik Hindu dimana raja dianggap mempunyai kuasa yang luar biasa. Mereka mempercayai pemerintah berasal daripada keturunan dewa malah raja juga ialah penjelmaan tuhan. Dengan itu, munculnya istilah dewa raja dan segala titah perintahnya menjadi undang-undang dan rakyat wajib mematuhinya tanpa mempersoalkan sistem tersebut. Dengan kedatangan Islam ke Alam Melayu, sistem kesultanan Kerajaan Uthmaniyyah telah diperkenalkan dimana ketua negara dan ketua agama Islam ialah Sultan. Seorang Sultan bukan lagi sebagai keturunan dewa tetapi hanya menjalankan tugas-tugas yang diperintah oleh Allah mengikut hukum-hukum yang ditetapkan oleh Allah S.W.T. Sultan juga bertanggungjawab untuk memastikan pentadbiran dapat dilaksanakan dengan berkesan dan baik.

Buktinya, pada zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka. Antara langkah-langkah yang diambil bagi memastikan negara itu makmur dan aman, Sultan dibantu oleh penasihat, ulama, mufti, bendahara, Temenggung dan sebagainya bagi memastikan kelicinan pentadbiran, Pelbagai jenis undang-undang atau hukum-hukum adat diwujudkan. Undang-undang yang telah wujud, contohnya Hukum Kanun Melaka pada abad ke 14, jelas menunjukkan Islam memainkan peranan yang penting dalam dunia Melayu.

Dari segi pendidikan pula kedatangan Islam telah memperkenalkan system tulisan Jawi kepada masyarakat Melayu yang sebelum ini telah menggunakan system tulisan Kawi and Nagari yang berasal dari India. Dengan pengenalan sistem tulisan jawi kepada masyarakat Melayu di rantau ini, ia telah dijadi medium penting untuk penyebaran agama Islam di rantau Nusantara. Secara tidak langsungnya, Bahasa Melayu menjadi Bahasa pengantaran di rantau ini. Pendidikan melayu yang berteraskan pengajaran Islam berkembang maju di dunia Melayu ialah sultan mengetuai system pendidikan sesebuah negeri. Sebagai contohnya Sultan Melaka telah membuka pusat pengajian di istana dan telah memanggil para ulama dari tanah Arab untuk mengajar di istana and juga kepada rakyat jelata. Sultan Melaka juga telah memperkenalkan sistem gaji melalui bayaran upah mengajar di rumah tok guru, masjid, pondok dan madrasah. Bukan itu sahaja malah Sultan Melaka sangat cintakan ilmu pengetahuan sehingga banyak kitab agama berbahasa Arab telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu melalui tulisan Jawi-Arab seperti kitab Dur al-Manzum, kitab al-Lumadan, kitab Kifayah al-Muhtajin ila Mashrab al-Muwahhidin al-Qailin bi Wahdatal-wujud. Melalui sistem ini, ramai golongan intelektual telah di lahirkan dan meraka ini memainkan peranan untuk meneruskan penyampaian pengajaran kepada masyarakat Melayu.

Perdagangan merupakan aktiviti ekonomi utama masyarakat Melayu. Kemajuan perdagangan masyarakat melayu dapat di lihat dengan banyaknya pembinaan pelabuhan-pelabuhan di rantau ini. Sebahagian besar pelabuhan itu telah berjaya berkembang menjadi pelabuhan kerajaan dan kemudian membentuk Kota Negara sehingga membentuk negara maritime yang besar dan diperluaskan lagi dengan aktiviti-aktiviti ekonomi antari negara-negara besar yang lain. Dengan kehadiran Islam ke alam Melayu, cara perdagangan masyarakat Melayu telah menerapkan syariat Islam seperti system pungutan zakai, sukai ghanimah, fai’ dan kharaj.

Pengaruh Islam terhadap kesenian Melayu dapat dilihat melalui senjata, pakaian dan perhiasan, seni hiasan perumahan, alat pengangkutan, makanan dan minuman, musik serta tarian. Dari segi sejarah dan ketamadunan, kesenian Melayu ini amat berkaitan erat dengan sejarah perkembangan budaya Melayu keseluruhannya. Artifak seni seperti seni arca, seni tembikar, anyaman dan lain-lain merupakan simbol atau tanda yang jelas dan bukti yang nyata tentang wujudnya sebuah peradaban manusia Melayu.

Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *